TRANSFORMASI PSS SEMINDA




Saya berpindah masuk ke SMK Permai Indah pada 10 Januari 2018. Setahun saya di sekolah ini saya jarang-jarang ke Pusat Sumber sekolah. Tetapi pada tahun 2019 warga SMK Permai Indah (SMKPI) bertuah kerana telah mendapat seorang pengetua baharu. Hari pertama menjejak kaki ke SMKPI Puan Hajah Aziah telah meronda sekitar kawasan sekolah termasuklah Pusat Sumber. Apabila melihat keadaan pusat sumber yang bocor di sana sini dan keadaan tidak kondusif, maka Puan Hajah Aziah telah memikirkan sesuatu untuk Pusat Sumber dan surau SMKPI. 



Saya telah dipanggil untuk menggalas tanggungjawab sebagai GPM memandangkan saya pernah menjadi GPM semasa di SMK Tanjong Bunga. Apabila bersetuju menerima jawatan GPM, saya mula melantik AJK Kerja & AJK Induk PSS untuk membantu pengurusan GPM. Saya adakan mesyuarat AJK dan kami bergotong-royong memulakan susun atur dan keceriaan PSS. 




Di pendekkan cerita apabila kami bersemangat menaik taraf PSS, muncul COVID-19 di mana kami semua tidak dapat ke sekolah dan hanya PDPR di rumah. Selepas Covid berakhir, saya bersama team PSS menyambung tugas-tugas keceriaan dan menggalakkan murid ke Pusat Sumber, dan akhirnya Pusat Sumber SMK Permai Indah atau SEMINDA terpilih sebagai Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang dan seterusnya mewakili Pulau Pinang dalam Penilaian Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan.






GAMBAR- GAMBAR SEMASA PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022


Jadi apa yang saya hendak kongsikan bersama GPM yang baru dilantik, jangan bersedih sekiranya cikgu dipilih untuk menjadi GPM, Cikgu cuba wujudkan teamwork PSS yang baik untuk cikgu terus bangunkan PSS demi kemenjadian murid.

LINK YOUTUBE: TRANSFORMASI PSS SEMINDA



KLIK SINI







Post a Comment

0 Comments