GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA

TUGAS GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA

Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut: 


Tugas 1Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
Aktiviti

 

  • Menyediakan rancangan pengajaran harian, mingguan, dan tahunan (mengikut subjek yang diajar)
  • Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran.
Objektif
  • Mengekalkan kemahiran sebagai guru dalam pengajaran dan pembelajaran biasa.
  • Mengekalkan keistimewaan sebagai guru sekolah.
PenglibatanPenolong Kanan Pentadbiran dan Jawatankuasa pentadbiran
PelaksanaanJanuari – November
Tugas 2Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua/Guru Besar, kakitangan PSS, guru dan murid.
Aktiviti

 

  • Mengadakan mesyuarat JK Induk
  • Mengadakan mesyuarat JK Kerja
  • Mengadakan mesyuarat Pengawas PSS
  • Menyediakan takwim dan perancangan aktiviti tahunan
  • Mewujudkan / membuat pindaan fail kuasa mengikut kesesuaian
Objektif
  • Memastikan pelaksanaan dasar yang dirancang diselaraskan
  • Dasar dan program yang dirancang dapat disebarkan kepada semua yang terlibat.
PenglibatanPengetua / Guru Besar, kakitangan PSS dan guru
PelaksanaanJanuari
Tugas 3Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama JK Kurikulum Sekolah
Aktiviti

 

  • Membuat bajet dan menyenaraikan cadangan perbelanjaan.
  • Menyediakan kertas kerja untuk menjalankan program.
Objektif
  • Wang peruntukan dapat diagihkan mengikut keperluan setiap bahagian (unit PSS).
  • Menggunakan peruntukan mengikut arahan yang ditetapkan.
PenglibatanJK Induk PSS dan Pembantu Tadbir (PSS).
PelaksanaanJanuari
Tugas 4Merancang pemerolehan dan pembinan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini.
Aktiviti

 

  • Mendapatkan maklumbalas keperluan alat dan bahan.
  • Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.
Objektif
  • Menseimbangkan pemerolehan dan pembinaan koleksi mengikut keperluan dan kesesuaian.
  • Mengemaskini pemerolehan dan pembinaan koleksi.
PenglibatanJK Kerja PSS
PelaksanaanSepanjang tahun
Tugas 5Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti

 

  • Merancang perkhidmatan PSS dan memaklumkan perkhidmatan yang disediakan kepada guru.
    • Menyediakan borang-borang tempahan bilik, pinjaman bahan dll.
    • Sediakan tempat / bilik / jadual penggunaan dan bahan.
    • Menyediakan rekod penggunaan dan rekod pinjaman.
    • Membuat penyelenggaraan bahan yang rosak.
  • Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.
Objektif
  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran maklumat.
  • Mengintegrasikan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
PenglibatanJK Induk PSS
PelaksanaanJanuari hinga Oktober
Tugas 6Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
Aktiviti

 

  • Mesyuarat dan taklimat NILAM
  • Merangka aktiviti sepanjang tahun
  • Menjalankan aktiviti
Objektif
  • Memastikan program NILAM dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.
PenglibatanJK NILAM
PelaksanaanJanuari hingga Oktober
Tugas 7Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.
Aktiviti
  • Merancang program bersama SU LDP
  • Merangka aktiviti sepanjang tahun
  • Menjalankan aktiviti
Objektif
  • Program pembangunan staf dan program latihan  dapat dijalankan di sekolah dan semua kakitangan mencapai mata kredit LDP yang mencukupi.
Penglibatan Pengetua / Guru Besar, kakitangan PSS dan guru
PelaksanaanSepanjang tahun

Tugas 8Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
Aktiviti

 

  • Promosi melalui panitia mata pelajaran
  • Menyediakan brosur PSS
  • Menyediakan buletin
Objektif
  • Memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan PSS
  • Menarik minat murid untuk menggunakan PSS dan menyertai setiap program yang dianjurkan
  • Membolehkan semua guru mendapat pemdedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang didapati di PSS untuk meningkatkan P&P.
PenglibatanPentadbir sekolah,   JK Keraj PSS,   Pelajar dan Guru.
PelaksanaanSepanjang tahun
Tugas 9Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS. 
Aktiviti

 

  • Memohon Khidmat Bantu
  • Kerjasama dengan PKG, PSPN dan Perpustakaan Awam dari masa ke semasa.
Objektif
  • Memastikan maklumat yang diterima sentiasa terkini.
  • Untuk menaiktaraf PSS.
PenglibatanJK Kerja PSS
PelaksanaanSepanjang tahun
Tugas 10Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS
Aktiviti

 

  • Mengurus bahan yang diterima (carta aliran proses teknik).
  • Sirkulasi.
  • Memantau dan menyelia penggunaan.
  • Memantau rekod penggunaan (TV Pendidikan, Radio Sekolah, Buletin, Sirkulasi dan aktiviti-aktiviti).
Objektif
  • Koleksi bahan untuk dimanfaatkan denagn sepenuhnya.
PenglibatanJK PSS
PelaksanaanSepanjang tahun.
Tugas 11Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja PSS
Aktiviti

 

  • Menentukan tarikh.
  • Menghantar surat panggilan mesyuarat.
  • Mengadakan mesyuarat.
  • Menyedia dan mengedar minit mesyuarat.
Objektif
  • Panduan untuk tindakan susulan pihak berkenaan.
  • Menyebarkan maklumat hasil daripada mesyuarat.
PenglibatanJK PSS
PelaksanaanJanuari, Mei dan Ogos.
Tugas 12Memantau dan mengawal selia pelaksanaan progran PSS
Aktiviti

 

  • Merancang, menyelaras dan mengadakan program PSS.
  • Membuat pemantauan.
  • Membuat laporan.
Objektif
  • Program PSS dapat dijalan dengan lancar.
PenglibatanJK PSS
PelaksanaanSepanjang tahun.
Tugas 13Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori (bahan, alatan dan perabot) peralatan PSS
Aktiviti

 

  • Menyemak stok perolehan
  • Borang inventori
  • Buku stok Kew 313, Kew 314, Kew 312
  • Stok pergerakan bahan.
  • Melabel bahan
  • Menempatkan bahan
  • Pelupusan
  • Tutup stok
Objektif
  • Bahan sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.
  • Mengemaskini bahan untuk penambahan bahan baru.
PenglibatanJK PSS
PelaksanaanSepanjang tahun
Tugas 14Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pulau Pinang (PPSSPP)
Aktiviti

 

  • Menerangkan peranan PPSSPP
  • Mengedarkan borang pendaftaran
  • Membantu dalam pendaftaran ahli
  • Menyertai aktiviti yang dijalankan.
Objektif
  • Menarik lebih ramai ahli menyertai PPSSPP.
  • Bekerjasama dalam menjayakan aktiviti persatuan.
PenglibatanJK PSS
PelaksanaanJulai

Tugas 15Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS.
Aktiviti

 

  • Mengenal pasti masalah
  • Membuat kaji selidik
  • Menyediakan instrumen (sebelum)
  • Membuat analisis
  • Menjalankan kaji selidik – selepas
  • Menyediakan laporan
  • Membuat penambahbaikan.
Objektif
  • Mengenal pasti dan mengatasi masalah
PenglibatanJK PSS
PelaksanaanSeptember
Tugas 16Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS
Aktiviti

 

  • Menyediakan perancangan
  • Menyediakan laporan
  • Mengambil tindakan / memberi maklumat
Objektif
  • Perancangan dan pelaksanaan bagi meningkatkan pembangunan, pengurusan dan kewangan PSS.
PenglibatanGuru Media
PelaksanaanOktober
Tugas 17Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BSTP melalui USTP/PKG dan SSTP pada bulan Oktober setiap tahun
Aktiviti

 

  • Mengumpul maklumat
  • Membuat laporan
Objektif
  • Membuat post mortem bagi program yang dilaksanakan
  • Membuat perancangan baru atau penyelarasan untuk program tahun seterusnya.
PenglibatanJK PSS
PelaksanaanOktober


BIDANG UMUM

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.






BAHAN UNTUK TAKLIMAT PUSAT SUMBER

LAWATAN PENANDA ARAS

SOALAN PEMILIHAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

INSTRUMEN PSS SM & SK

SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY

BUKU PANDUAN PSS ABAD 21

42 MINGGU CADANGAN JADUAL WAKTU GURU PERPUTSAKAAN & MEDIA

 LANGKAH AKTIFKAN AINS NILAM


                                                                                                                                                                                                                                                                             HOME

Post a Comment

1 Comments