🗓Tarikh: 19 Mac 2025 (Rabu)
⏰Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
🏠Tempat: PKG Bukit Mertajam
🎯Sasaran: Guru Perpustakaan dan Media SPT
📌Pelibatan :
Objektif:
1. Pengukuhan Literasi Digital:
- Melatih Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dalam penyediaan bahan NILAM digital yang relevan, interaktif, dan mesra pengguna bagi menarik minat murid.
2. Pemerkasaan Peranan GPM:
- Memantapkan kemahiran GPM dalam mengelola program NILAM dan aktiviti berkaitan, sejajar dengan perkembangan era digital.
3. Menggalakan Penyertaan Aktif:
- Menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam program literasi melalui kolaborasi bersama Geng Buku dan penyertaan dalam pertandingan Piala Nadim.
Impak Program
1. Peningkatan Literasi dalam Kalangan Pelajar:
-Pelajar lebih bersemangat untuk membaca dan menyertai program NILAM digital dengan adanya bahan yang menarik dan interaktif.
2. Pemanfaatan Teknologi dalam Literasi:
- GPM mampu menggunakan teknologi dengan berkesan untuk menghasilkan dan mengurus bahan bacaan digital.
3. Pembentukan Komuniti Pembaca:
- Aktiviti bersama Geng Buku dan pertandingan Piala Nadim memupuk budaya membaca dan semangat persaingan sihat dalam kalangan murid.
0 Comments