PERTANDINGAN ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SEBERANG PRAI TENGAH TAHUN 2024


TARIKH: 18 JULAI 2024
TEMPAT: PKG Bukit Mertajam
MASA: 8.30 pagi - 4.30 petang 


BUKIT MERTAJAM- Unit Sumber & Teknologi Pendidikan (USTP) PPD Seberang Prai Tengah telah menganjurkan Pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Daerah Seberang Prai Tengah Tahun 2024.
Pertandingan Anugerah Tokoh NILAM merupakan salah satu aktiviti yang disasarkan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan. Pemilihan Tokoh NiLAM bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang telah berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan seterusnya menjadi wakil yang benar-benar mantap dan berkemampuan bagi mewakili daerah ke pertandingan Anugerah Tokoh NiLAM Peringkat Negeri Pulau Pinang dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan.


OBJEKTIF:
1. Melahirkan dan mengenal pasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketrampilan serta mempunyai sifat kepimpinan.
2. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti.
3. Melahirkan Tokoh NiLAM yang dapat mewakili daerah ke peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan.


PANEL JURI
1. PUAN AKILAH RAZINAH BINTI ABDULLAH
2. PUAN ROSNANI BINTI AHMAD
3. PUAN ASWANI BINTI HJ ABD RAHMAN
4. PUAN SITI AFIZAN BINTI AMIR HASAN 
5. PUAN ROHAIDA BINTI OMAR
6.ENCIK MOHD DAZRIN BIN DANIAL


Calon-calon untuk Tokoh Nilam mengikut kategori iaitu 
    a ) Sekolah Menengah (Bahasa Melayu)
    b)  Sekolah Menengah (Bahasa Inggeris)
    c)  Sekolah Rendah (Bahasa Melayu)
    d)  Sekolah Rendah (Bahasa Inggeris)

PELAKSANAAN:

Daripada 126 penyertaan yang diterima oleh pihak Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, saringan awal telah dibuat melalui video dan folio murid seterusnya 20 orang finalis akan dinilai secara bersemuka.

Majlis Apreasiasi Tokoh Nilam & Galakan Membaca akan diadakan pada 6 Ogos di SK Machang Bubuk II.

Penilaian untuk memilih tokoh NILAM Peringkat Daerah Seberang Prai Tengah dibuat secara bersemuka dimana para calon akan diverifikasi oleh penilai secara bersemuka.






JURI KATEGORI BAHASA INGGERIS

PUAN SITI AFIZAN BINTI AMIR HASAN 
PUAN ROHAIDA BINTI OMAR
ENCIK MOHD DAZRIN BIN DANIAL



JURI KATEGORI BAHASA MELAYU

PUAN AKILAH RAZINAH BINTI ABDULLAH
PUAN ROSNANI BINTI AHMAD
PUAN ASWANI BINTI HJ ABD RAHMAN


























PENILAIAN ANUGERAH NILAM 2024

Penilaian Individu


Penilaian Individu diadakan selama 25 - 30 minit bagi setiap orang calon.
Calon diminta untuk menghujahkan pembacaan salah sebuah buku daripada lima pilihan. (Peserta pilih satu bahan bacaan sahaja). 

Peringatan penghujahan bahan bacaan yang dibaca tidak melebihi 10 minit.
Soalan terbuka. 

Penilai juga akan kaitkan soalan dengan isu semasa dengan bahan bacaan yang disampaikan oleh calon. 

Calon akan bersoal jawab dengan para hakim.
Penilaian bermula pada pukul 9.00 pagi. 

Penilaian murid akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Murid perlu bersedia 30 minit lebih awal daripada masa penilaian tersebut.


Pemarkahan
Isi Kandungan dan Pengolahan     - (20%)
Penggunaan Bahasa     - (10%)
Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi     - (15%)
Ketokohan dan Profil Murid     - (5%)


Post a Comment

0 Comments