🗓 TARIKH: 16 JULAI 2024📍 TEMPAT: SSTP JPN PULAU PINANG
Hari ni berkesempatan untuk berkongsi ilmu TV PSS kepada GPM dan guru TV PSS negeri Pulau Pinang.
Ikutkan dah banyak kali saya buat perkongsian, tapi kali ni kita pilih sekolah yang masih belum wujudkan channel youtube TV PSS dan kita bantu dari segi langkah yang perlu dibuat untuk wujudkan TV PSS di sekolah- sekolah.
💡TVPSS merupakan satu platform bagi murid untuk menonjolkan diri mereka dan mencungkil bakat murid dalam bidang kewartawanan, media dan pengacaraan di mana ia dapat memupuk kreativiti dan pemikiran kritis di kalangan murid serta mampu memberikan idea secara spontan.
💡Program ini merupakan program yang fokus utama untuk membangunkan bakat dan kemahiran murid-murid secara berterusan. Di antara kemahiran dan bakat yang akan dibangunkan melalui TV PSS adalah berkaitan dengan kemahiran ICT, teknik penyampaian berkesan, kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Taklimat oleh EnciK Roshidi Bin Mat, Penolong Pengarah,
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Pulau Pinang.
Perkongsian Ilmu oleh Puan Noradillah Binti Abdul Samad, Penolong PPD,
Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, PPD Seberang Prai Tengah
Perkongsian Ilmu oleh Cikgu Siti Nazirah Binti Jaafar, GPM SK Pengkalan Jaya
Perkongsian Ilmu oleh Cikgu Fauriza Binti Mohd Azmi, GPM SMK Permatang Tok Jaya
Rujuk KIT TV PSS sebagai panduan untuk menubuhkan TV PSS
https://www.cikgunas.com/2023/01/kit-tv-pss-sekolah.html
https://www.cikgunas.com/p/kit-tv-pss.html
https://anyflip.com/sytrx/prym
DOWNLOAD KLIK SINI
KIT TV PSS
#TVPSS
#KITTVPSS
#GPM
#USTP
#SSTP
#kemahirankomunikasi
#kewartawanan
KIT TV PSS
0 Comments