Pengenalan AINS NILAM


Sistem ini merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual iaitu NILAM yang telah digunakan sejak tahun 1999.

Ini bermaksud, AINS akan menggantikan NILAM untuk merekod bahan bacaan secara digital melalui Advance Integrated Nilam System. Rekod dapat dipantau oleh PPD/JPN/KPM dari peringkat bilik darjah hingga Kebangsaan.
Melalui AINS, pihak ibu bapa, guru, pentadbir pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM dapat memantau status dan tahap pencapaian NILAM murid pada peringkat bilik darjah, aliran, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui dashboard yang disediakan.






Panduan Pengguna AINS NILAM
Untuk makluman, sistem ini boleh diakses melalui pautan berikut menggunakan akaun DeLIMa KPM.

CARA REKOD BACAAN ONLINE MELALUI AINS NILAM
Platform ini menggunakan ID DELIMa pelajar untuk log masuk. Sila login melalui https://ains.moe.gov.my/
ID DELIMa mempunyai format m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my
Jika anda belum mempunyai ID DELIMa, sila berhubung dengan Guru Penyelaras ICT/ Guru Perpustakaan & Media anda untuk bantuan.







https://vt.tiktok.com/ZSYasAnsn/





Post a Comment

0 Comments