UNGKAPAN MENARIK UNTUK UJIAN BERTUTUR SPM BAHASA MELAYU BERDASARKAN TEMA



 

Terdapat peribahasa yang boleh dikaitkan untuk tajuk ujian bertutur. Calon boleh ambil beberapa untuk diselitkan dalam isi anda nanti.


TEMA 1 – KERJASAMA

⭐️bagai aur dengan tebing 

⭐️ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni 

⭐️hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

⭐️terendam sama basah, terampai sama kering

⭐️bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


TEMA 2 – KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN                     

⭐️bagai lebah menghimpun madu

⭐️di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

⭐️genggam bara api biar sampai jadi arang

⭐️hati hendak semua jadi

⭐️hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih


TEMA 3 – KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-INGAT

⭐️Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

⭐️Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

⭐️bumi mana yang tidak ditimpa hujan

⭐️sediakan payung sebelum hujan

⭐️sudah terhantuk baru tengadah 


TEMA 4 – KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK-ANAK

⭐️bagai menatang minyak yang penuh

⭐️anak emas

⭐️bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik

⭐️bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa)

⭐️melentur buluh biarlah dari rebungnya


TEMA 5 – REMAJA / BAKAL PEMIMPIN / HARAPAN NEGARA

⭐️pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

⭐️usaha tangga kejayaan

⭐️yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan 

⭐️kepimpinan melalui teladan


TEMA 6 – KEMALANGAN / PERKARA MALANG / KESUSAHAN

⭐️hari ini hari orang, esok mungkin hari kita

⭐️berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya

⭐️malang tidak berbau

⭐️kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari

⭐️pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat


TEMA 7 : WARISAN BANGSA / PERMAINAN TRADISIONAL

⭐️tak kenal maka tak cintat

⭐️tak basah dek hujan, tak lekang dek panas

⭐️biar mati anak, jangan mati adat



cikgunas.com

Post a Comment

0 Comments