32 Hari lagi menjelang SPM!!!Kepada semua calon SPM 2022, ini bukannya masa untuk panik. Sediakan senjata anda untuk ke medan perang Biasanya dalam tempoh kritikal begini, pelajar mula panik. Adakah anda dah bersedia? Berapa peratus tu? 90% atau masih 40%?☺Pastikan dah ulangkaji dan percaya yang anda boleh lakukan! Tidak ada yang mustahil! Di sini cikgunas.com kongsikan sedikit tip belajar khusus untuk murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2022!
1. RANCANG JADUAL BELAJAR
Sediakan jadual belajar mengikut jadual peperiksaan. Apabila anda ada jadual belajar, secara tidak langsung anda dapat membahagikan masa untuk membuat ulangkaji berfokus. Lebih berfokus, lebih bersedia!
2. BEREHAT DAN DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Berehatlah secara berkala agar badan tidak terlalu penat dan letih. Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Bukan terlalu sedikit dan bukanlah terlalu banyak tidur. Tidur yang cukup membantu anda cergas dan cerdas!
3. JAGA PEMAKANAN YANG SIHAT
Pemakanan yang sihat amat membantu anda untuk fokus dan bersemangat sepanjang peperiksaan. Perut yang sihat dan selesa amatlah membantu anda tenang! Jangan lupa amalkan meminum air kosong untuk membantu anda kekal terhidrat dan aktif.
4. SEDIAKAN NOTA YANG RINGKAS DAN PADAT
Menurut kajian psikologi, nota yang berwarna-warni dapat membantu meningkatkan daya ingatan serta merangsang mood pelajar. Gunakan kreativiti anda dalam menulis nota.
5. MINTA DOA & RESTU IBU BAPA
Setelah bertungkus lumus menuntut ilmu, jangan lupa untuk mendapatkan restu daripada kedua ibu bapa dan guru-guru yang telah mendidik. Restu dan doa mereka dapat membantu dan memudahkan urusan anda untuk menduduki peperiksaan.
6. USAHA, DOA & TAWAKAL
Usaha, doa, tawakal. Setelah membuat persiapan rapi, doa dan tawakal ialah senjata akhir untuk mencapai kejayaan. Percaya dengan diri sendiri bahawa anda telah berusaha dalam melakukan persiapan dan menjawab soalan peperiksaan dengan sehabis baik. Berserah kepada Tuhan dan teruskan berdoa untuk kejayaan.
Semoga tips yang cikgunas.com ini dapat sedikit sebanyak membantu murid-murid dalam menghadapi peperiksaan. Semoga dipermudahkan urusan semasa menjawab peperiksaan.
0 Comments