NILAI & PENGAJARAN- SONGKET BERBENANG EMAS

 



Nilai

⭐️Nilai bertanggungjawab. Contohnya, Cikgu Hisyam bertanggungjawab memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-muridnya.

⭐️ Nilai kesabaran. Contohnya, Embong bersabar dengan tuduhan Aton yang menuduhnya sebagai perancang kematian Said ketika dia menziarahi jenazah anaknya itu.

⭐️ Nilai ketegasan. Contohnya, Dahlia tegas membuat keputusan untuk keluar dari asrama sekolah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan adiknya, Anggerik terjamin.

⭐️ Nilai keberanian. Contohnya, Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan Said.

⭐️ Nilai kerajinan. Contohnya, Dahlia rajin mengulang kaji pelajaran walaupun berada di tempat pemindahan bagi mangsa banjir.

⭐️ Nilai kegigihan. Contohnya, Embong gigih mencari rezeki dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.

⭐️ Nilai kerjasama. Contohnya, penduduk kampung bekerjasama menyediakan hidangan bagi sambutan majlis Maulidur Rasul.

⭐️ Nilai keinsafan. Contohnya, Abu Bakar insaf dan menyesal kerana terpengaruh oleh kawan-kawannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya.

⭐️ Nilai kesyukuran. Contohnya, Embong bersyukur kerana isterinya yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru akhirnya sembuh.


Pengajaran

⭐️Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan.
Tauke Lim sanggup membayarkan harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong sekeluarga dapat terus tinggal di rumah mereka.

⭐️Kita mestilah berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi.
Dahlia berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapinya satu demi satu.

⭐️Kita janganlah bersangka buruk terhadap orang lain.
Sikap Mak Aton yang bersangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Dahlia dihantar oleh Azhari, janganlah kita ikuti kerana perbuatan tersebut akan menimbulkan perselisihan faham sesama masyarakat.

⭐️Kita mestilah bersedia menerima teguran orang lain demi kebaikan bersama.
Haji Sulaiman menegur penduduk kampung kerana mementingkan diri dan enggan bekerjasama.

⭐️Kita janganlah melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.
Abu Bakar menjumpai telur yang diletakkan jarum dan paku di bawah rumahnya.

⭐️Kita haruslah insaf akan kesalahan yang kita lakukan.
Nek Kiah dan Abu Bakar insaf akan kesalahan yang telah dilakukan terhadap keluarga mereka sendiri.

Post a Comment

0 Comments