SOALAN LATIHAN:
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.
Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, terdapat pelbagai konflik yang begitu rumit telah dihadapi oleh watak utama novel ini iaitu Dahlia. Namun begitu, Dahlia berjaya menyelesaikan konflik itu dengan mengambil langkah yang bijak.
Konflik dalam dirinya sendiri. Dia berkira-kira dan tidak tahu sama ada dia patut meninggalkan asrama untuk pulang menjaga adik-adiknya ataupun tinggal sahaja di asrama. Sekiranya dia tinggal sahaja di asrama, adik-adiknya pasti tidak akan diuruskan dengan sempurna memandangkan Embong, ayah Dahlia terpaksa bekerja untuk mencari wang dan ibunya, Saleha berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bagi menyelesaikan konflik dalam dirinya itu, Dahlia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan asrama demi menjaga adik-adiknya. Dia bercadang untuk kembali semula ke asrama apabila ibunya sembuh dan dapat keluar dari hospital.
0 Comments